Sikap Pentaksiran ;
Home Owner Linkies
Welcome!

Hover the image





Template: Nyimas and Ani
Basecode: Dilla Eyra
Some help: ♥ ♥ ♥ â™¥ â™¥


Saturday, September 22, 2018 September 22, 2018
Jenis Pentaksiran



                                                 JENIS PENTAKSIRAN
                          DITULIS OLEH : NURUL NATASHA BINTI KATNI


1.0 PENDAHULUAN
               Mengikut pakar dan penulis buku yang terkenal dalam bidang berkenaan iaitu David Payne dalam bukunya Applied Educational Assessment Edisi Kedua tahun 2003, pentaksiran ialah integrasi proses mengumpul maklumat, menginterpretasi maklumat atau memberi nilai kepada maklumat itu dan membuat keputusan berdasarkan interpretasi yang dibuat ke atas maklumat. Maka jelaslah bahawa pentaksiran merupakan satu proses untuk menilai pencapaian pelajar berdasarkan gred yang diberikan.  Pentaksiran meilbatkan instrumen, pentaksir, kumpulan yang ditaksir, respon yang diberikan dan yang paling utama ialah skor. Pentaksiran bukanlah perkara yang asing kerana telah didedahkan semenjak di bangku sekolah rendah lagi.  Selain untuk menilai keupayaan pelajar, pentaksiran juga bertujuan untuk mengesan sejauh mana keberkesanan pengajaran dan pembelajaran guru.

                                         




2.0 PENTAKSIRAN FORMATIF
            Pentaksiran terdiri daripada dua jenis iaitu pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif.  Pentaksiran formatif ialah pentaksiran yang dijalankan semasa sesi pembelajaran dan pengajaran secara berterusan.  Bagi peringkat Institusi Pendidikan Guru (IPG),  di dalam sesi pembelajaran dan pengajaran terdapat sesi tutorial. Tutorial ini bertujuan untuk sesi soal jawab dan latihan selepas sesi penerangan tentang sesuatu topik.  Sesi soal jawab atau kuiz ini lah yang merupakan salah satu pentaksiran formatif. Kuiz ini boleh dilakukan secara kumpulan mahupun individu.  Kebiasaannya pentaksiran formatif ini tidak memerlukan jangka masa yang lama. Pentaksiran ini adalah untuk membetulkan kesalahan dan pemahaman pelajar yang salah dengan kadar segera. Guru hanya ingin mengenal pasti kefahaman pelajar tentang topik yang telah dibincangkan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut.  Pentaksiran ini tidak meletakkan dan menggredkan pelajar kepada sesuatu nombor mahupun skor. 

3.0 PENTAKSIRAN SUMATIF                      
Pentaksiran sumatif pula ialah pentaksiran yang dilakukan pada akhir tahun untuk mendapatkan maklumat tentang pencapaian iaitu keupayaan pelajar terhadap sesuatu pembelajaran sepanjang tahun.  Pentaksiran sumatif ini termasuklah kerja kursus yang dilaksanakan oleh para pelajar di IPG.  Di peringkat IPG mereka dinilai oleh dua jenis pentaksiran iaitu projek dan peperiksaan akhir tahun.  60% markah akhir akan diambil daripada projek manakala 40% lagi akan diambil dari ujian akhir kursus. Projek adalah kerja kursus yang terdiri daripada satu set aktiviti. Projek bagi setiap subjek contohnya kursus Kemahiran Belajar mempunyai tiga tugasan. Para pelajar dikehendaki untuk menghasilkan penulisan akademik tentang gaya pembelajaran kendiri dan alat-alat berfikir. Para pelatih guru ini juga perlu membuat penghasilan produk contohnya seperti blog. Satu artikel bagi setiap individu perlu dimasukkan ke dalam blog masing masing.

                           
   Pentaksiran sumatif ini juga boleh dilakukan secara berkumpulan mahupun individu. Membentangkan dan memberi penerangan tentang penghasilan produk pula merupakan tugasan berkumpulan namun dinilai secara individu. Terdapat banyak lagi contoh tugasan dalam bentuk kerja kursus dan projek iaitu ulasan kristis, kerja amali, penganjuran dan kajian mahupun laporan. Pelaksanaan kerja kursus ini bertujuan untuk meningkatkan daya kreativiti dan inovasi di samping dapat meningkatkan proses pembelajaran. Ujian akhir kursus lebih tertumpu kepada teori dan fakta-fakta bagi sesuatu subjek. Ujian akhir kursus ini bersifat lebih formal kerana perlu dinilai di suatu tempat yang sama dan dalam jangka masa yang ditetapkan. Ujian ini adalah untuk menguji penguasaan pelajar terhadap kursus yang dipelajari. Para pelajar hendaklah mematuhi arahan dan prosedur yang telah ditetapkan.

4.0 PENUTUP

            Kesimpulannya, pentaksiran berperanan penting dalam  bukan sahaja mengukur prestasi pelajar malahan institusi tersebut seperti sekolah,  IPG mahupun Institusi Pengajian Tinggi (IPT).  Dengan kewujudan pentaksiran ini juga dapat menjadi motivasi kepada pelajar untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh. Strategi pengajaran guru juga dapat diperbaiki dengan menganalisis keputusan dan gred pelajar. 
           


0 Comments:

Post a Comment